Monday, June 4

Pena Biadap..


Kini, samar-samar biadap keluar dalam bebas Dominasi Media. Kelihatan seperti membantu tapi dalamnya punca legap manusia. Pena ini tempat meratap, mengeluh, dan merobek hati dalam diam tanpa sedar hilang nilai dalam diri. Pena mempersembahkan, menunjuk, menonjol dan memperhatikan punca nilai dan hilang nilai diri manusia. Adakalanya ia tempat menyebarkan cahaya mentol menerangi keras hati. Bagus, nyata berharga baginya dan pokok sekeliling yang menunduk bersama.

Namun, banyak legap dari cahaya.

Luahan itu saham akhirat. Biadapnya penulis pena memperlihat diri dan maruah dalam nyata dan mimpi ibarat meludah ke langit. Wajah buas hanya mengutip ketawa dan hasilnya di guna sendiri. Mengapa perlu meluah dalaman kepada buaya, jika ada maha esa yang mahu mendengar?
Peganglah peta dan pedoman untuk selamat di landasan perjalanan. Ikutlah penyebar cahaya yang mampu menyuluh di saat lorong terbahagi dan lopong. Aku berkata "kembalikan aku sayap dan ajarkan aku kembali terbang". Aku juga leka dengan pena biadap. Biarlah nampak sebelum mereput di makan bumi.

Adakah mereka sedar?

1 comment :

Bismillahirrahmannirrahim, tinggalkan kata-kata.