Tuesday, May 29

Khayalan dan Egois..


Aku, tidak perlu ikut hati, ikut rasa. Mengikut duanya mati dan binasa dalam dilema gelap dan nyata. Bingung dengan laluan lusuh ku yang menghimpit di tengah-tengah antara punca penghidupan. Bawah, tempat duduknya simpanan rezeki dan kekuatan ku untuk terus hidup. Genggaman ku kini rapuh oleh bisikan tidur dan nyata yang ku anggap maya. Kini hujungnya bingung. Disudut terperuk itu dengan keadaan separa sedar dan menyedihkan, jiwa ku rapuh dan mulai hilang arah melalui tulisan. Bayang-bayangku mulai hilang, nyata atau mainan?

Duka kotak hati menulis, mencatat adalah lebun mu. Kotak hati air bergolak segenting, jiwaku tahu di angin berkisar ada lebun yang tidak nyata. Khayalan tingkat tinggi yang dulu umpama cuma-cuma. Aku keras dengan genggam ku. Tapi, kalanya umpama unggun api yang syahdu. Ku menyerap gelak dan mewaras sedu segala yang pilu. Aku tidak ikut bayangku yang ke kiri dan kanan.

Nyata,
Capaian dan agakkan jadi nyata. Tidak perlu di sesal kerana seguni keyakinan terhadap pencipta dan cahaya panduan ku sentiasa ada. Kau pergi dengan secebis kenangan. Khayalan telah ku lempar di sudut kayu-kayu celah akar delima. Keras dan kuat kotak ku tak mampu diri di patahkan. Keras ini mungkin seketika, atau genggam ku kini nyata. Samar-samar tapi tanpa ragu bisikan jiwa ku. Syukur dengan nikmat dan akibat yang mendatang. Berlakunya hujan ada penghidupan dan berlakunya penghidupan ada dapatan.

Aku manusia Egois atau khayalan.

No comments :

Post a Comment

Bismillahirrahmannirrahim, tinggalkan kata-kata.