Monday, May 28

Bersyukur..


Bersyukur

Seperti seekor lebah yang dilahirkan menjadi lebah. Dibalik penciptaan itu terselit satu ribu hikmah yang tidak dapat dilihat dari selaput mata manusia. Kenapa perlu lebah menjadi burung? kenapa burung perlu menjadi lebah?
Lagi rumit hidup di tempuh, mewah pelajaran yang disimpan. Satu ribu karungan pengalaman yang bakal menjadi bekalan di saat kelaparan kelak. Jangan disalahkan takdir jika acuan hidup sudah begitu. Kurang-kurangnya kau tidak terlewat untuk merasai hidup yang sebenar-benarnya. Ada sesuatu yang di tanda dengan persoalan di minda, perlukan cakapan penerangan. Namun, ada sesuatu yang di tanda tanyakan sepatutnya tidak perlu di soal. Kenapa?, kerana telah di terang pada panduan cahaya yang menjadi panduan. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Setiap acuan hidup dalam warna-warni kain putih yang di boneka oleh insan ayah dan ibu sebenarnya telah awal di catat oleh penciptanya.
Berlakunya pekara dalam jam masa yang sentiasa berdetik seperti jatuhnya titisan air adalah laluan lorong dalam buku catatan hidup. Bersyukurlah dengan pekara yang dilalui, kerana ia bakal beri satu harga yang tidak mampu dibayar di hujung cerita dan tamatnya. Tapi jika tidak mampu, bersyukurlah kurang-kurangnya mampu merasai bahagia dengan adanya pokok sekeliling yang menjadi tongkat dan memberi bahu di saat terjatuh, juga tersungkur.

Lihat?

Tidak perlu bimbang jika masih kabur, kau masih diangka 20. Catatan buku dan lakaran warna-warni baju mu masih belum tamat. Masih banyak duri dan tembok bagai batu yang kau perlu panjat dan harungi. Pokok utamanya, syukur. Bersiap-siagalah, hidup ini lebih mewah likunya di hari mendatang. Harus punya satu genggaman matlamat yang ingin di lempar. Kaut dan redah selagi masih punya ruang. Jika kau rasa gelap dan sunyi, ingatlah... Tuhan sentiasa ada untuk kita. Peganglah panduan cahaya, Insyallah..

Syukur, dan syukur.
Aku perlu bersyukur dengan setiap nikmat dan akibat.

No comments :

Post a Comment

Bismillahirrahmannirrahim, tinggalkan kata-kata.