Narasi tuju lalu buatan tidak matang panjang terbentang. Ketul sabar seperti semakin mengecil sendiri lenyap dalam konstruksi sepi. Harap yang nyata senyum sampai syurga, dengan dapatan damba.
Pandang paling jauh, rentak indah bakal tiba. Tapi luar biasa pula persepsi dia, penilai tanpa rasa. Yang nyata hanya bicara kosong lembab gelap biasa. Materialistik membuak keperluan bukan sebenar hampir datang, negeri akhirat.
Belum nampak yang paling jauh seperti hilang, moden terdepang pandang, bekalan pula songsang.
Walau apa jua keadaan, jangan lupa DIA. :)
ReplyDeleteYa. Pasti.
DeleteBismillah,
ReplyDeletekalau pandangan paling jauh itu boneka kita,
Pasti aku siapkan segala macam pedang dan perisai untuk kita,
kalau emas dan permata itu tiada harga,
Pasti jurai darah paling bermakna,
kalau aku boleh terbang dengan inginku,
Pasti aku sudah pergi dengan segala kudrat rendah diriku,
Tapi aku juga 'nasi' seperti mereka,
jadi aku tebalkan segala sifat-sifat terpujiku,
lantas aku terus berlari
tempuh duri liku didepanku
dalam wayang penuh pengaku pengarah
juga seperti kamu.
Jangan lemah
teruskan lagi
Jangan gundah
tetap teruskan
Sama-sama kita pimpin tangan
kita lari lagi
bukan lari dari mereka
tapi ke arah mereka
dengan ilmu siap siaga
kerana hidup ini terlalu singkat untuk di sia.
Terima. Itu mampu. :)
Deleteteruskan pandang rentak yang indah itu.
ReplyDelete:)
Ya. Saatnya tetap sama. :)
Delete