Friday, July 5

Haluan..


Kelembapan dalam konstruksi pentas ini membawa nilai sabar situasi sebagai seorang pemain teater dunia. Aku relung renung kembali sentuh janji sang sempurna, nyata. Carian tetap dalam pendirian walau tahu lima puluh hanya separuh. Belum lagi sedia hadap depan yang bakal.

Yakin mimpi semalam jadi nyata dengan dapatan rezeki tiba. Pengisian kotak fikir ini perspektif cukup hampir sampai keluar,  lurus jangan ada noktah. Biar lusuh jangan ampuh pertengahan bunuh lumpuh.

Sentak kembali fikir wasiat sebelum perginya dapatan inginan kamu berdua pencintaku.

5 comments :

  1. Harap kau ikut haluan yang menggembirakan kau. :)

    ReplyDelete
  2. asSalamualaikum. salam ziarah :)

    pelakon hiasan pentas dunia, kitalah itu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saudara darahku...
    Genggam segala azammu,
    Kerana ini bukan sumpah atau ikrar buat kamu saudaraku,
    bukan untuk mengungkap segala resahmu,
    Kerana ini kasih sayang kami buat kamu,
    Bukan untuk mengerah segala kudratmu,
    ini suatu mimpi siang kami untuk pandangan kamu yang paling jauh,
    Supaya tersuluh segala apa yang ada didepan kamu,
    Supaya langkah jalanmu penuh rentak indah.

    Jadi saudaraku,
    persiapkan segala keris,pedang,tombak dan segalanya,
    rempuh segala duri,
    Redah segala belukar,
    Renang segala dasar,
    Rangkul segala-galanya,
    Demi wasiat cinta kami,
    Mimpi siang kami,
    Mimpi indahmu,
    Genggam erat ketul sabar,
    Dan runtuh semua dinding dengan akal tajam panjang,
    Agar semua mimpi kita nyata,
    Agar aku bisa senyum sampai syurga.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua. Akan cuba daya =)

    ReplyDelete
  5. Salam...


    Terjah sini setelah termakan ayat best dari sorang kawan..

    Tidak keterlaluan dan berbaloi- kesimpulannya

    ReplyDelete

Bismillahirrahmannirrahim, tinggalkan kata-kata.