Saturday, April 6

Faham Habiskan..


Laluan tempuhan bingit mengingatkan sedar dengan lontaran kata sadis. Terdiam dengan hembus kata semalam yang mengganggu esok, aku melontar ketawa erti cantik dalam persahabatan. Demi jejak mengenal teman, realis bisu parah dalam gangguan. Bukan hipokrit tapi sedar memori tiada rupa aku, diam, kau dan sayang. Takut dengan prasangka hilang untuk menyenangi pihak kedua, terokalah bersama kerana kita bersama dengan senyum. Sekarang, parah seketika terpalit duka. Rasa kau tangiskan ngerti.


Jangan terlalu mencerminkan, perlu tersirat faham dan dalam. Hadir dulu ketika kau dalam petir getir, macam terlalu awal untuk habiskan. Singkat dan faham situasi itu, ah ! pedulikan. Pengertian semalam, kini dan masa depan kita yang faham. Yakin ada sesuatu dalam ketawa dan gurau senda mesra setia. Terima kasih, habiskan faham.

Lalui.

No comments :

Post a Comment

Bismillahirrahmannirrahim, tinggalkan kata-kata.