Tuesday, April 23

Adaptasi Mimpi..


Berbelas purnama duduk terpuruk dalam mangkuk berisi ilmu jutaan penghidupan. Dalam kesibukan itu, wujud insan halimunan kosong tanpa dapatan maklumat, aku. Kejauhan mengajar, mencari dan mengerti sedikit arus dalam lautan bendang. Dalaman seperti jernih. Namun, kotor hasilan moral insan kota. Tak sama dengan penilaian aku, lima puluh dalam satu.

Anggap aku selesa gembira rezeki tercipta, leka. Segera terlintas fahaman bicara pengilmu luas saingan. Biasa aku itu hanya adaptasi mimpi khayalan masa hadapan. Jadi, bangkit perlu dari mimpi untuk jadikan nyata bukan reka.

Harus.

No comments :

Post a Comment

Bismillahirrahmannirrahim, tinggalkan kata-kata.