Thursday, December 6

Setimbang dunia..


Diskriminasi itu membuat kedu pada reputasi semasa. Bisu dengan konflik yang sentiasa ada lalu aku berhenti dari berkata. Tetap dengan matlamat namun jatuh dengan manipulasi tempat. Bimbang aku dengan diri tanpa cahaya aku seimbangkan. Tanpa anjakan silam aku setempat dalam diam ikut sahaja aturan. Pegangan aku pada setimbang dunia. Aku yakin setimbang itu buatan ilahi lengkap dengan setiap perbuatan. Tanpa imbang akan musnah setiap ciptaan seperti kepercayaan aku.

Aku yakin itu, ada hal yang harus aku nikmatinya tanpa perlu keluhan, dan ada hal yang harus di nikmati dengan syukur. Berbahagialah dengan setimbang setiap inci dunia. Aku tidak telan simpati kerana aku mahu kenyang dengan suapan sendiri. Namun, dari sudut hati aku ada picisan sedih.

Sedikit buat aku bangkit.

No comments :

Post a Comment

Bismillahirrahmannirrahim, tinggalkan kata-kata.