Thursday, November 1

Tanpa Sedar..


Generasi kini cetek pemikiran menilai seseorang dengan tunjukkan berani meludah ke langit. Apa yang paling indah dan megah adalah bertelagah. Mana hilang nilai diri dari kain yang dulu putih? Mengapa di coret dengan warna-warni barat? Untuk sekarang ini hanya bersama pedih menggesel batu di tangan sendiri. Sakit pedih berdua hanya di sabar.

Y, kini XY tanpa sedar memegang belakang tanpa kaki, di suap segala yang ada. Kata-kata mengudang luka menyebar banyak salah kini bertimbun. Dari satu tempat menjadi kawasan tenggelam dalam buatan bahasa. Dominasi media dengan teknologi di jadi bahan segala perbuatan. Aku hanya mampu melihat, pandang dari sudut tenggelam yang menerima mendengar. Aku faham sukar mencari susunan tanpa cela.

Generasi, Sulamlah gula dengan senyuman. Kata-kata itu tajam, dan mampu mencalar.

Fikir yang lain.

No comments :

Post a Comment

Bismillahirrahmannirrahim, tinggalkan kata-kata.