Tuesday, March 20

Ibu..


Ibu.. Mak.. Mama..

Sajak untuk Ibuku..

Ibu, siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku dahulu
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu di sebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih sayang Ibu terhadap anaknya...
Ku pasti setiap nasihatmu untuk kebaikanku
Mengajarku sebuah erti kehidupan..

Ibu...

Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini..

Ibu...

Walaupun kau telah pergi meninggalkan aku untuk selamanya
Aku redha dengan ketentuan Allah s.w.t
Walaupun kekadang aku merindui mu
Aku sentiasa ingat itu adalah takdir kehidupanku
Mungkin aku di suruh hidup berdikari
Aku bersedih ibu,
Aku menangis ibu,
Cemburu melihat orang lain
Yang sempurna mempunyai Ibu tetapi,
Mengapa mereka mensiakan Ibu mereka?
Mengapa mereka tidak bersyukur?
Sedangkan aku merindui kasih sayang seorang ibu
Hanya 8 tahun aku merasakannya..
Aku merinduimu Ibu...
Anakmu ini sayang dan merinduimu Ibu..
Wahai Ibuku..
Hanya sekalung sedekah Al-Fatihah yang anakmu ini mampu berikan
Ibu, Ibu, Ibu,.
Maafkan Anakmu..

No comments :

Post a Comment

Bismillahirrahmannirrahim, tinggalkan kata-kata.